Rao adalah sebuah kecamatan di Kabupaten Pasaman, Sumatera Barat, Indonesia. Kecamatan ini terdiri dari dua nagari dan 18 jorong. Sebelumnya kecamatan ini bernama Rao Mapat Tunggul, yang kemudian dipecah menjadi dua kecamatan, yaitu Kecamatan Rao dan Kecamatan Mapat Tunggul. Sejak era Reformasi, kecamatan Rao dimekarkan kembali menjadi Kecamatan Rao, Kecamatan Rao Utara, dan Kecamatan Rao Selatan
Batas wilayah
|
kecamatan Rao Utara
|
|
|
kecamatan Duo Koto dan kecamatan Rao Selatan
|
|
|
provinsi Sumatera
Utara
|
|
|
kecamatan Rao Selatan dan kecamatan Rao Utara
|
KETOKOHAN TUANKU RAO SEBAGAI
SEORANG
ULAMA DAN PEJUANG MELAYU[1]
Tuanku Rao adalah seorang ulama yang
telah berjaya mengIslamkan keseluruhan orang-orang Rao dan kawasan sekitarnya.
Beliau juga adalah seorang pejuang kemerdekaan yang syahid ditangan penjajah.
Ketokohan Tuanku Rao telah terpahat di hati dan menjadi kebanggaan setiap orang
Rao khasnya dan Melayu amnya. Atas jasa beliau Orang-orang Rao, Tapanuli dan
kawasan sekitarnya sampai sekarang semuanya beragama Islam dan masih mengaji
dengan menggunakan bahasa Rao. Kematiannya telah menyematkan perasaan anti
penjajah di hati orang-orang Rao. Baik yang ada di Rao maupun yang telah
berhijrah ke Malaysia ketika itu. Kajian ini akan coba mengungkap sejarah
ketokohan Tuanku Rao sebagai seorang Ulama dan seorang Pejuang dari bangsa
Melayu.
Pendahuluan
Kajian ini terinspirasi semenjak
keterlibatan penulis dalam team pengkaji Biografi dan Pemikiran Politik Ulama
Melayu Silam di Asia Tenggara. Penulis telah melakukan kajian lapangan
diberbagai tempat Asia Tenggara untuk melihat berbagai peninggalan dan melakukan
temu bual di berbagai tempat. Kajian itu memakan masa dua tahun dan dibiayai
oleh kerajaan Malaysia atas nama Universiti Malaya tempat penulis melanjutkan
PhD saat ini.
Ramai tokoh intelektual muslim
(ulama) yang telah dicatatkan dalam berbagai media, dan kurang sekali bahan
bacaan yang menulis tentang Tuanku Rao. Dua penulisan tentang Tuanku Rao yang
ada, ditulis oleh orang Batak dan Tapanuli yang terlihat tidak memahami sama
sekali adat, budaya, sosial, ekonomi dan bahasa orang Rao. Sehingga berlakulah
pengalihan isu seperti nama kampong Koto Godang di Rao ditukar menjadi Huta
Godang di Batak, nama Fakih gelaran Tuanku Rao (orang yang ahli dibidang agama
terutama fikh) ditukar menjadi Pokki menurut loghat Batak dan sebagainya.
Kajian ini lahir juga atas dorongan beberapa orang rakan penulis selepas
penulis menjadi pembentang dalam seminar Melayu Rao Malaysia di Universiti
Sultan Idris Tanjung Malim pada 25 Julai 2009 lalu.
Rao Sepintas Lalu
Rao yang dimaksudkan dalam tulisan ini adalah
daerah rawa-rawa, dalam lingkaran bukit barisan meliputi berbagai-bagai daerah
yang luas seperti Panti, Padang Gelugor, Langsat Kadap, Lubuk Layang, Kubu
Sutan, Sungai Ronyah, Selayang, Muara Sipongi (disebut dengan Rao versi lama)
yang terletak ditengah pulau Sumatera. Di sebelah Utara, Rao bersempadan dengan
Sumatera Utara berbangsa Tapanuli, di sebelah Timur bersempadan dengan Riau
Daratan berbangsa Melayu Riau, di Selatan, bersempadan bangsa Minangkabau,
manakala di sebelah Barat, terbuka dengan Selat Mentawai yang secara geografi
membentuk permukaan bumi di daratan pulau Sumatera.
Yang dimaksud
dengan orang Melayu Rao dalam tulisan ini adalah; mereka yang berasal dari
keturunan Rao, masih menggunakan bahasa Rao, dan masih ada mengamalkan adat
resam dan budaya Rao. Budaya Rao yang paling terkenal ialah bojojak, botatah
atau adat pantang tanah[2].
Budak-budak Rao tidak boleh menyentuh tanah sebelum di jalankan upacara bojojak
ini.
Bahasa dan budaya Rao berbeda
dengan bahasa dan budaya Tapanuli, Minangkabau dan Riau daratan. Melayu Rao
adalah sebuah tamadun yang tua, ini dibuktikan dengan terdapatnya berbagai
bukti arkeologis barang purbakala yang berumur ribuan tahun di Rao. Seperti
candi Tanjung Medan di Petok Panti, Candi Pancahan, Arca Dwarapala Padang
Nunang, Prasasti Lubuk Layang dan Candi Bukit Rao yang ditemukan oleh Amran
Datuk Jorajo
Cerita tentang
Rao banyak terdapat dalam sejarah yang ditulis oleh orang Belanda. Ini kerana
di Rao terdapat sebuah benteng Amorogen yang menyaksikan pertempuran sengit
penjajah Belanda melawan penduduk pribumi yang dipimpin oleh Tuanku Rao. Rao
dizaman silam adalah sebuah kota yang cukup besar, pusat perekonomian dengan
terdapatnya tambang mas terbesar di Sumatera ketika itu. Di antaranya ialah
yang ditulis oleh Letnan 1 Infanteri J.C. Boelhouwer yang diterbitkan kembali
dalam bahasa Indonesia oleh Pemerintah Daerah Pasaman. Dalam buku tersebut
penduduk pribumi Sumatera mereka panggil dengan istilah Melayu.
Semenjak
kedatangan Belanda ke Rao yang berjaya mengalahkan pejuang Paderi yang dipimpin
oleh Tuanku Imam Bonjol, Tuanku Rao dan Tuanku Tambusai sampai sekarang Rao
telah didatangi oleh orang Minangkabau. Tapanuli dan Jawa. Majoriti komuniti
masyarakat suku kaum Rao terdapat di luar seperti Medan, Malaysia, Palembang
dan sebagainya. Sementara di Rao sendiri telah didatangi oleh orang lain bukan
suku kaum Rao untuk mengisi kekosongan yang terdapat di Rao.
Masyarakat suku kaum Melayu Rao
(Rawa) telah berhijrah ke Malaya mulai abad ke lima lagi. Perkampungan Rao
banyak terdapat di Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Kelantan.
Nama-nama kampong mereka dibawa dari nama kampong yang terdapat di Rao sendiri.
Dalam kehidupan keseharian mereka, suku kaum ini masih mempertahankan bahasa,
adat istiadat, budaya dan hubungan kekerabatan dengan kampong asal nenek moyang
mereka di Rao.
Faktor penghijrahan besar-besaran orang Rao, adalah
disebabkan Rao ditakluk oleh Belanda pada tahun 1833. Faktor penghijrahan
lainya adalah disebabkan meletusnya perang saudara antara Pemerintahan
Revolusioner Republik Indonesia (PRRI) dengan tentera pusat di Sumatera Barat
pada 15 Februari 1958, dan Rao adalah kubu terakhir PRRI ketika itu.
Pemberontakan parti komunis Indonesia pada tahun 1966 juga diperkirakan
mempengaruhi penghijrahan.
Sejarah Tuanku Rao Yang Kabur
Nama dan tanggal lahir serta asal
usul Tuanku Rao banyak menimbulkan kontraversi. Terdapat dua buku yang berjudul
tentang Tuanku Rao yang ditulis oleh bukan orang Rao. Satu buku ditulis oleh
orang Batak Insinyur (engineering) Mangaradja Onggang Parlindungan (MOP) yang
berjudul “Pongkinagolngolan Sinambela Gelar Tuanku Rao. Teror Agama Islam
Mazhab Hambali Di Tanah Batak” dan satu lagi ditulis oleh orang Tapanuli
Basyiral Hamidy Harahap yang berjudul “Greget Tuanku Rao”.
Mengutip kata Profesor Dr Mustika
Zed seorang pakar sejarah Indonesia mengatakan bahawa kedua buku tersebut hanya
membahaskan Tuanku Rao dalam sub bab buku mereka. Pembahasan mereka lebih
banyak mengarah kepada yang lain, bukan tentang Tuanku Rao. Menurut Hamka, buku
itu sepertinya ingin mengangkat suku kaum tertentu dan bermaksud menjatuhkan
suku kaum dan agama lain. Objektifiti buku juga dipertanyakan disaat kedua
penulis sepertinya hanya bermaksud menaikkan nama dan imeg kaumnya, bukan
membahas tentang Tuanku Rao. Buku tersebut sebenarnya tidak layak diberi judul
Tuanku Rao, kerana pembahasan yang terlalu sedikit dan tidak mewakili Tajuk.
Buku ini juga ditulis oleh mereka yang tidak tahu sosial, ekonomi, budaya dan
politik orang Rao.
Buku MOP ini telah diseminarkan
di Padang pada 23-26 Julai 1969 dengan menghadirkan MOP sendiri dan banyak
pakar sejarah. Mengutip kata Hamka bahawa waktu seminar itu MOP tidak berkutik
dan tidak mampu mempertahankan kebenaran apa yang dia tuliskan. Berbagai
pertanyaan dan kritikan tidak dapat ditangkis (dijawab) MOP, ketika itu.
Profesor Dr Hamka sebagai seorang
ulama dan juga ahli dibidang falsafah, sastera, sejarah, sosiologi dan politik
Islam serta Barat secara khusus mengkritik buku tersebut dengan menulis sebuah
buku berjudul “Tuanku Rao Antara Fakta dan Khayal” setebal 363 halaman.
Dalam buku tersebut Hamka
menuliskan bahawa 80% karangan MOP itu adalah tidak benar dan kalau boleh
dikatakan dusta. Antara kalimat Hamka dalam menanggapi buku itu ialah “bodoh
berlagak pintar” (h.23), Dongeng (h.37), sangat diragukan bahkan tertolak sama
sekali (h. 50), tak faham bahasa Arab h. (59 & 75), Hayalan (h. 63)
kahayalan sam suparlin, kebodohan penulisnya (h. 76), banyak dongeng seperti
cerita 1001 malam (h. 100), cerita baru dan lain dari yang ditulis oleh para
pakar sejarah lainnya dan metodenya yang salah (h.106), tukang kaba (tukang
dongeng dizaman melayu kuno) (h.108), dan diakhiri dengan kata-kata HOTA GODANG
(dusta besar dalam bahasa minang) (h.268).
Menurut
penulis kata-kata itu tidak akan keluar dari seorang cendekiawan intelektual
muslim dan tokoh besar umat Islam seperti Hamka kalau tidak karena kesalahan
yang dilakukan oleh MOP itu teramat besar dan fatal. Mungkin sahaja kerasnya
kalimat Hamka itu didasari oleh ayat “asshidda`u alal al kuffar ruhama`u
bainahum”
Buku MOP paling itu banyak
menimbulkan kontraversi dan perdebatan diberbagai seminar mahupun media
lainnya. Ini karena berisi data-datanya fiktif dan tidak betul, kaedah
keilmuannya salah dan hasil penulisannya juga salah dan bertentangan dengan
yang lainnya. Kebohongan itu terlihat disaat kita mempertanyakan bagaimana dan
darimana dia mendapatkan data tersebut disaat dia tidak faham bahasa Arab,
tidak melakukan kajian lapangan dan sedikit sekali memahami hal ehwal Islam.
MOP juga bukan seorang ahli sejarah dan penulis yang baik, kerana itu adalah
satu-satunya buku beliau. Dimasa itu juga jarang sekali ditemukan buku Arab
yang sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Buku tersebut terkesan
terdapat unsur fitnah dan adu domba serta disinyalir dibuat dengan
tujuan-tujuan tertentu oleh agama lain. Dikatakan bahawa saat ini buku MOP
tersebut menjadi bahan bacaan wajib bagi para pendeta (rabi kristian) di
Sumatera Utara kerana ianya banyak menceritakan fitnah tentang kelemahan dan
kezaliman dakwah Islam.
Ada beberapa sebab logik yang
menyebabkan berlakunya berbagai kekeliruan dan kekaburan tentang sejarah Tuanku
Rao, iaitu:
1. Kerana
kemuliaan, kebesaran dan jasa-jasa yang telah ditaburkan oleh Tuanku Rao demi
kepentingan agama Islam dan bangsa yang berjuang melawan penjajah Belanda.
Orang-orang yang berjasa seperti Tuanku Rao adalah bukan pahlawan milik suku
Rao, Minang, Mandailing, Aceh dan Melayu Riau saja tetapi adalah pahlawan milik
seluruh etnik bangsa Melayu. Kerana Tuanku Rao adalah seorang
Tokoh besar yang menjadi idola, kebanggaan dan ramai peminat ketika itu. Dan
juga kerana setiap orang dan suku kaum mengharapkan lahirnya manusia seperti
dia.
2. Lahirnya
berbagai andaian yang mengatakan bahawa beliau adalah orang Batak, Tapanuli,
Aceh ataupun Riau daratan dan sebagainya adalah hal yang biasa. Ini kerana
setiap tokoh biasa berada dan berjuang serta berdakwah dalam waktu yang sangat lama
di suatu tempat, mengingat susahnya transportasi ketika itu. Tuanku Tambusai
umpamanya diberi marga harahap oleh orang Tapanuli kerana lamanya beliau
berjuang dan berdakwah disana sehingga masyarakat setempat sudah sehati
dengannya.
3. Sejarah Tuanku
Rao tidak dicatat dalam media oleh orang Rao. Akan tetapi ia menjadi legenda
dan memori dikalangan masyarakat Rao. Legenda ini dapat kita telusuri pada
masyarakat Rao yang sudah tua. Ini terutama dalam masyarakat suluk atau
tharikat yang ada saat ini. Ada juga yang menyimpan sejarah Rao sebagai
rahasia, agar tidak menjadi fitnah ke anak cucu kerana hebatnya perang saudara
yang disebabkan adu domba Belanda di Rao dahulu.
4. Dalam komuniti
masyarakat Rao, nama sebenar seseorang agak susah dikenali, kerana setiap orang
biasanya memiliki beberapa nama. Orang biasa dipanggil dengan panggilan biasa
(laghob) dan gelaran sahaja. Disaat orang pulang dari menunaikan haji di
makkah, biasa nama mereka akan bertukar kepada nama Islami atau
sekurang-kurangnya ditambah Haji Muhammad dipangkal namanya.
5. Budaya tulis
menulis waktu itu yang belum seperti sekarang. Faktor kurangnya budaya tulis
menulis saat itu dapat dimengerti mengingat keadaan Rao yang saat itu tahun
1800-an masih berbentuk sebuah perkampungan melayu yang kuno. Kesibukan tokoh
dalam berdakwah dan ditambah lagi melawan agenda penjajah membuat tenaga mereka
terkuras habis dan tidak sempat menulis lagi.
6. Meninggal
beberapa tahun setelah Rao ditaklukkan. Mengingat ahli sejarah Indonesia masih
berkiblat dan menjadikan tulisan dan cacatan orang Belanda yang berada di Den
Hag sebagai sumber primer mereka, maka menurut pandangan mereka mengatakan
bahawa kurang jelasnya sejarah Tuanku Rao kerana kematian Tuanku Rao berlaku
beberapa tahun selepas Rao ditaklukkan Belanda. Ianya dikatakan penyebab kurang
menarik minat para penulis Belanda ketika itu. Beberapa daerah Indonesia saat
ini, ada yang dijajah selama 350 tahun, akan tetapi beberapa daerah lainnya ada
yang beberapa tahun sahaja dan ada juga yang tidak pernah dijajah Belanda sama
sekali. Rao sendiri ditaklukkan Belanda selama lebih kurang 126 tahun iaitu
bermula tahun 1883.
7. Tuanku Rao
menurut beberapa cacatan sejarah Berjaya Membunuh Sisingamangaraja X dengan
berbagai mitos cara pembunuhan dan kematiannya. Sisingamangaraja adalah raja
dan tokoh tanah Batak yang ketika itu diagungkan seperti Dewa. Dikabarkan
bahawa Sisingangaraja kebal berbagai macam senjata tajam dan dia tidak akan
mati selagi badannya menyentuh bumi. Akhirnya diwaktu badan Sisingamangaraja
melambung ke udara Tuanku Rao mengambil kesempatan itu untuk menebas kepalanya
dan disambut agar tidak jatuh ke bumi atau agar ia tidak hidup kembali. Sebagai
pemimpin yang didewakan dengan symbol lidah berbulu, tentu sahaja orang Batak
sakit hati. Dan untuk membalas sakit hati dan memuaskan hati orang Batak inilah
orang mereka membuat cerita bahawa yang membunuh Raja atau Dewa mereka itu
bukanlah orang lain, tetapi kemenakan dari Sisingamangaraja sendiri. Maka
dengan ini terobat jualah hati generasi orang Batak. Nama Batak itu sendiri
menurut Tokoh Rao yang penulis wawancarai terdiri dari kata BOATAK. Ini berlaku
diwaktu Tuanku Rao mengirim intelligent ke Tanah Batak sebelum berlakunya
penyerangan. Kata intelligent itu untuk apa kita takut, padahal mereka itu
tidak ada apa-apanya rumah mereka pun boatak (bersusun). Dari situlah timbulnya
nama Batak menurut versi orang Rao yang juga saudara kandung seniman dan juga
sejarawan tersohor Indonesia Asrul Sani.
8. Dalam sejarah
yang dicatatkan oleh M. Rajab dalam bukunya perang Paderi mengatakan bahawa
Tuanku Rao yang juga menantu yang dipertua Rao (Raja Rao) mengambil alih
kekuasaan dari mertuanya itu dengan cara berunding. Ini kerana Tuanku Rao
melihat bahawa yang dipertua Rao tidak mampu lagi memimpin Rao kerana faktor
usianya yang sudah sangat tua. Ini juga kerana faktor ketidak mampuan yang
dipertua Rao untuk melawan penjajah dan selalu tunduk mengikut telunjuk dan
kehendak penjajah ketika itu. Pertikaian kaum adat dengan kaum agama sebenarnya
berlaku di seluruh Sumatera Barat. Ini dikatakan yang menyebabkan terbunuh dan
larinya keluarga raja Pagaruyung ke negeri Sembilan kerana tidak mau
menghilangkan adat budaya Minangkabau yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Kaum paderi yang dipimpin oleh ulama bermaksud ingin membersihkan orang
Sumatera dari ajaran tahayul, animisma, bid`ah, khurafat dan adat resam yang
tidak sesuai serta bertentangan dengan ajaran Islam. Sementara pihak kaum adat
mahu adat itu terus dipertahankan. Konflik kaum adat dengan kaum agama ini yang
dikatakan membuat orang takut menuliskan sejarah Tuanku Rao. Dikatakan ketika
itu, siapa sahaja yang menulis atau menganggungkan setelah kematian Tuanku Rao
akan dibunuh oleh petinggi adat ketika itu. Ada kemungkinan karya tulis Tuanku
Rao dihilangkan oleh Belanda atau pun kaum adat yang anti dengannya
Beberapa tokoh masyarakat Rao
yang penulis temubual juga mendapati indikasi pembohongan dan khayalan MOP
dalam bukunya tentang Tuanku Rao. Seperti kalimat MOP Huta Godang sebenarnya
Koto Godang kerana di Rao terdapat kampong lama Koto Godang yang sudah
ditinggalkan. Pokki yang dimaksudkan MOP adalah hasil penipuan sejarah. Ini
kerana di Rao sampai sekarang terdapat istilah Pokiah dalam bahasa Rao yang
bermaksud Fakih atau orang yang ahli dalam bidang agama Islam.
Tuanku Rao adalah orang Rao asli
yang berdasarkan pada bukti sejarah tentang Bagindo Suman yang merupakan
kemenakan kandung beliau sendiri. Wawancara yang penulis lakukan terhadap cicit
Bagindo Usman mendapati bahwa mereka adalah orang Rao asli, bukan orang
Tapanuli. Beberapa peninggalan Bagindo Suman masih terdapat di Rao Padang
Metinggi hingga saat ini. Barang peninggalan itu berupa kuburan yang berukuran
besar melebihi ukuran manusia sekarang ini, jubah, besi payung, tongkat dan
pedang beliau. Cicit Bagindo Suman sampai saat (2009) ini masih hidup.
Hasil kajian yang penulis
lakukan, menemukan bahawa sampai saat ini daerah-daerah disekitar Rao umat
Islamnya masih mengaji menggunakan bahasa Rao. Hal itu dapat dilihat dalam
masyarakat Tapanuli, Batak, minangkabau, Riau daratan, dan pesisiran pantai.
Pengaruh ini tentu sahaja membawa kita kepada kesimpulan bahawa Tuanku Rao yang
berasal dari Rao dan anak jati Rao, kerana menggunakan bahasa dan adat resam
orang Rao.
Tuanku Rao, Bagindo Usman serta
keturunannya sampai sekarang tidak memiliki marga sebagaimana identity
masyarakat Tapanuli dan Batak. Marga atau suku kaum adalah sesuatu yang penting
dalam masyarakat mereka. Di ujung nama mereka biasanya akan dicantumkan
Siregar, Lubis, Nasution, Simanjuntak dan sebagainya dan ini tidak terdapat
dalam keluarga Tuanku Rao, Bagindo Usman mahupun anak cicitnya hingga saat ini.
Mengutip Prof Taufik Abdullah
mengatakan bahawa objektif MOP dalam menulis buku tersebut sangat
dipertanyakan. Dalam bukunya beliau mengangkat Tuanku Rao dan Tuanku Tambusai
sebagai tokoh yang berani berasal dari tanah batak, dan merendahkan Tuanku Imam
Bonjol sebagai seorang yang pengecut. Padahal sejarah jelas mengenal bahawa
kedua tokoh tersebut tidak memiliki marga sebagaimana semestinya orang Tapanuli
dan orang Batak yang wajib memiliki marga.
Dakwaan MOP yang mengatakan
bahawa Tuanku Rao adalah orang Batak atau Basyiral Hamidy yang mendakwa beliau
orang Tapanuli juga dibantah dengan berbagai bukti saintifik lainnya. Sepintas
pernyataan mereka ini Nampak benar kerana ramainya orang Tapanuli yang berada
di Rao saat ini. Akan tetapi mereka lupa, kerana pada hakikatnya orang Tapanuli
adalah pendatang dan yang di datangkan ke Rao selepas kemerdekaan. Sejarah mencatatkan
bahawa berlakunya penghijrahan orang Tapanuli ke Rao berlaku selepas
kemerdekaan. Ini kerana pemerintah Indonesia melihat tidak dimanfaatkannya
tanah dan perkebunan getah, sawah padi dan sebagainya yang ditinggalkan oleh
Belanda. Orang Rao sendiri ketika itu ramai yang berhijrah ke luar seperti
Malaysia.
Sampai sekarang sensitifiti orang
Rao terhadap Batak masih berlaku. Orang Batak dalam persepsi masyarakat Rao
terkesan kurang baik. Ini juga berlaku disebagian besar wilayah Indonesia,
walaupun sebenarnya saat ini sudah ramai orang Batak yang masuk Islam dan
berpendidikan tinggi. Mereka diidentikkan sebagai tidak Islam, makan babi,
makan orang, dan berbagai penilaian negative lainnya. Bagaimana mungkin mereka
dapat menerima orang Batak sebagai pemimpin dan menantu mereka padahal komuniti
ini dipandang negative dan rendah oleh masyarakat Rao. Sampai saat ini tidak
ada masyarakat Rao yang mau menerima masyarakat Batak dalam komuniti mereka
apalagi mengangkatnya sebagai menantu sangat jauh sekali.
Biografi Tuanku Rao
Tuanku Rao lahir di Padang
Mentinggi sekitar 2 km dari pekan Rao. Ayahnya seorang pedagang kerbau bernama
Ibrahim berasal dari Sei Ronyah, Rao. Ibunya bernama Siti Aminah berasal dari
Air Bangis. Beberapa kajian ilmiyah yang dilakukan oleh anak-anak Rao mendapati
bahawa nama sebenar tuanku diwaktu kecil adalah Syamsu Taberi. Tuanku Rao
memiliki 2 orang saudara perempuan dan seorang saudara lelaki. Kakak perempuan
Tuanku Rao memiliki seorang anak yang bernama Bagindo Suman yang sekaligus sebagai
panglima perang beliau. Ibunya memiliki seorang saudara lelaki bernama Nahkoda
Langkok seorang saudagar kaya yang di dalam sejarah disebut menghianati anak
kemenakannya sendiri iaitu Tuanku Rao. Nama atau gelaran Tuanku Rao menurut
persepsi Naskah Tuanku Imam Bonjol ialah Fakih Saleh, menurut penulis Fakih
Saleh bukanlah nama, tetapi gelaran kesarjanaan kepada seseorang yang ahli
dibidang agama Islam ketika itu. Fakih (Pokiah) berarti ahli figh dan Saleh
orang yang soleh, atau bisa juga disebut Ulama menurut pendapat penulis.
Wan Mohd. Shagir mensinyalir nama sebenar ‘Tuanku Rao’
kemungkinan ialah Syeikh Muhammad Murid Rawa. Kisah anaknya, Syeikh Muhammad
Shalih Rawa dijumpai sebuah karyanya judul Fath al-Mubin. Ada kemungkinan nama
ini beliau perolehi setelah kembali dari menunaikan ibadah haji dan menuntut
ilmu di Makah.
Gelar Tuanku adalah gelaran tertinggi dalam komuniti
masyarakat Rao dan sekitarnya. Kerana ia menjadi pemimpin dan anutan
masyarakat, baik dalam masalah dunia mahupun masalah agama mereka. Tuanku tidak
tunduk kepada Raja, kerana raja hanyalah mengepalai bidang adat (symbol)
sahaja. Tuanku duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan raja.
Perbedaannya, gelaran Raja diwarisi turun temurun, sementara Tuanku adalah
gelaran yang diperoleh dari pengakuan dan pengangkatan masyarakat yang
terpilih. Penulis mengibaratkan Tuanku seperti gelaran Khalifah yang mendapat
pengakuan dari masyarakat luas, yang dipilih dengan jalan syura`. Disamping itu
Tuanku terkenal dengan berbagai macam mitos keramat, seperti Wali Songo di
Pulau Jawa.
Perjuangan Tuanku Rao bersama kaum Paderi lainnya
yang sangat heroik itu, sangat jelas ketika merebut Benteng Amerongen (sampai
sekarang sisa benteng tersebut masih terlihat dengan jelas). Benteng Amerongen
didirikan tidak terlepas dari penunjukkan akan kekuatan dan kekuasaan, serta
basis pertahanan Belanda untuk membendung perlawanan kaum Paderi di daerah Rao.
Diceritakan, ketika tentara Belanda yang menduduki Bonjol, Lubuk Sikaping,
Lundar, Tambangan dan daerah lainnya yang sebelumnya diduduki oleh kaum Paderi.
Namun benteng pertahanan Belanda tersebut, masih bisa bertahan dan inilah satu
satunya basis pertahanan Belanda yang mereka miliki. Namun, dengan sikap heroik
yang kuat akhirnya bulan November 1833 benteng tersebut dapat direbut oleh kaum
Paderi dan berhasil memukul mundur pasukan Belanda dan pergi ke Natal.
Tuanku Rao dan kawan-kawannya menghadapi berbagai
macam penghianatan dari orang Rao sendiri, dari Nahkoda Langkap, dari orang
Batak, dari Raja Gadombang dari Tapanuli, dari Tuanku Natal, dari Temenggung
Keroredjo pasukan Sentot Alibasa dan sebagainya. Sentot Alibasa akhirnya
berpaling membela Tuanku Rao cs setelah dia sedar bahawa orang yang dia perangi
itu adalah seagama dan seide dengannya
Pendidikan awal Tuanku Rao
peroleh di Rao sendiri sebagai pusatnya ilmu pengetahuan ketika itu.
Selanjutnya Tuanku Rao melanjutkan pendidikannya ke Aceh dan menurut Hamka ada
kemungkinan beliau memperdalam ilmu ke-Islamannya ke Makah ketika itu. Pengaruh
Aceh di Rao masih ada sampai sekarang, seperti Munesah sebutan orang Rao bagi
masjid atau surau mereka.
Sejarah mencatatkan bahawa
penyebab kematian Tuanku Rao adalah kerana penghianatan yang dilakukan oleh
pamannya sendiri yang bernama Nahkoda Langkok. Keberadaan kaum Paderi yang anti
penjajah bagi seorang saudagar kaya yang bernama Nahkoda langkok sangat
mengganggu bisnesnya dengan Belanda. Atas bujukan Belanda, Nahkoda Langkok
ternyata tega mengkhianati anak kemenakannya itu. Hamka menyatakan bahawa
kematian Tuanku Rao sebagai syahid kerana melawan penjajah Belanda yang
ditembak peluru penjajah secara bertubi-tubi di Air Bangis, tepatnya 29 Januari
1833 Allahu yarham menemui ajalnya. Diakhir hayatnya beliau masih memegang
sebilah keris sebagai simbol perlawanan dan pantang menyerah. Innalillah wa
inna ilaihi rojiun.
Legenda Tuanku Rao
Beberapa legenda mungkin juga
mitos Tuanku Rao masih dapat kita ikuti saat ini dalam komuniti masyarakat tua,
terutamanya bagi mereka yang mengikuti suluk atau pengajian tarikat. Di antara
legenda itu ialah;
1. Ka`bah terbakar. Diwaktu
Tuanku Rao dicukur rambutnya di Rao dia menjerit dengan mengatakan ka`bah
terbakar. Seorang yang kembali dari menunaikan haji mengatakan bahawa ada
seorang yang kepalanya bercukur sebelah, membawa air memadamkan api di Makah.
2. Bagindo Usman
jadi peluru. Bagindo Usman adalah kemenakan kandung Tuanku Rao. Dalam masyarakat Rao
yang dipengaruhi oleh budaya Minang menganggap kemenakan sangat dekat dengan
mamak nya. Dalam mitos yang diwarisi turun temurun bahwa Bagindo Usman
dijadikan peluru yang dimasukan kedalam meriam. Bagindo Usman terbang sambil
memegang pedang dan menebasi kepala askar Belanda ketika itu.
3. Kebal. Dalam mitos
mashur diketahui bahawa kematian Tuanku Rao adalah disebabkan penghianatan
orang Rao sendiri yang memberi tahu dimana kelemahan dan bagaimana cara
membunuh Tuanku Rao. Sementara Bagindo Usman dibunuh setelah penghianat memberi
tahu bahawa Bagindo Usman hanya boleh dibunuh dengan benang tujuh cento (warna)
4. Gosong. Gosong Tuanku
Rao menurut penulis bukanlah mitos, tetapi reality. Iaitu dengan ditemukannya
gosong tersebut oleh beberapa individu.
Bukti Yang Jelas
Walaupun data-data tarikh dan
angka-angka tentang Tuanku Rao banyak diperdebatkan oleh ahli sejarah, namun
bukti keberadaan Tuanku sangat jelas terlihat hingga saat ini. Kesan keberadaan
dan kewujudan Tuanku Rao dapat dilihat dari dua peran besar yang beliau mainkan
iaitu;
Fase Pertama: Perjuangan dakwah
Islamiyah kepada masyarakat Rao dan daerah tetangga mulai 1800 sampai 1823 dan
Fase Kedua: Perjuangan melawan Penjajahan Belanda mulai 1822 hingga 1833.
Sebagai Ulama
Rao dikabarkan pernah menjadi
pusat penyebaran ilmu ke Islaman yang melahirkan tokoh besar Indonesia seperti
Syeikh Ahmad Khatib al-minangkabawi, Agus Salim dan sebagainya. Penulis melihat
bahwa daerah-daerah yang selama ini dikenal sebagai penghasil para ulama akan
dihancurkan secara sistematik. Lihat sahaja Aceh dengan perang saudara yang
berpanjangan, Barus yang selama ini penghasil ulama sekarang mayoritas
masyarakatnya tidak beragama Islam lagi, Fathani dengan kekacauan dan perang
saudara, Minangkabau dengan kerusakan moral dan hipotesis ini juga mungkin
berlaku di Rao.
Tuanku Rao adalah seorang Ulama
dan reformis Islam yang ingin melihat Islam secara kaffah. Bersama rakan
seperjuangnnya mereka berusaha menghilangkan ajaran animism, khurafat, tahayul
dan bida`ah yang menjadi peninggalan budaya agama budha dan hindu sebelumnya.
Sampai saat ini belum ditemukan
bukti terdapatnya Tulisan atau karya Tuanku Rao. Sejauh penelitian yang penulis
lakukan hanya menemukan sebuah naskah al-Qur`an tulisan tangan asli yang
ditulis oleh Isteri Tuanku Imam Bonjol. Namun sejarah mengenal bahawa Tuanku
Rao dikenal dengan seorang individu yang tidak pernah mengenal kompromi
terhadap penjajah. Sikap ini membuat penjajah anti dan memusuhinya. Tidak
tertutup kemungkinan berlakunya pembakaran atau pemusnahan terhadap karya Tulis
Tuanku Rao ketika itu. Keulamaan Tuanku Rao pernah dicatatkan oleh Muhammad Shagir
dalam sebuah artikel beliau. Bukti lain bahawa beliau adalah seorang ulama
adalah pengakuan sejarah bahawa beliau memiliki peranan yang besar dalam
mengislamkan masyarakat Rao dan sekitarnya. Ini termasuk masyarakat di
Tapanuli, Batak, Bagian dari minang kabau, Riau daratan dan pesisiran pantai.
Terdapatnya komuniti masyarakat Rao di tempat yang disebutkan sebelum ini juga
menjadi bukti kesan pengaruh Tuanku Rao di tempat tersebut.
Sejarah juga ada mencatatkan
bahawa Tuanku Rao adalah kakak seperguruan (kemungkinan juga sebagai guru
berdasarkan peringkat umur Tuanku Rao yang lebih tua) Tuanku Tambusai semasa
belajar agama di Rao yang sama-sama mendapat gelaran Fakih. Beliau juga yang
menasehati agar Tuanku Tambusai melanjutkan pelajarannya ke Makah setelah
menamatkan pelajaran dengan Tuanku Rao dan Tuanku Imam Bonjol. Dakwah Islamiyah
dan perjuangan Tuanku Rao merentasi suku bangsa di Sumatera seperti Rao,
Minangkabau, Tapanuli, Batak dan Melayu Riau
Sebagai pejuang
Walaupun perjuangan Tuanku Rao
berakhir dengan kematiannya ditangan penjajah. Namun beliau mewariskan spirit
anti penjajah kepada orang Rao dan kepada para pengagumnya ketika itu.
Kematiannya sebagai syahid
memberi inspirasi dalam
menanamkan semangat anti penjajah pada generasi selepasnya. Seorang adik
kelasnya yang bernama Tuanku Tambusai terkenal dengan keberaniannya dan
ditakuti oleh askar Belanda dan askar upahan ketika itu seperti ketakutan pada
harimau. Di Malaysia juga dikenal nama besar Mat Kilau adalah seorang pejuang
yang berani dan gigih melawan penjajah juga dikatakan sebagai keturunan Rao.
Kemudian, sampai di Di zaman
pemerintahan Soekarno pun orang Rao ramai yang terlibat menjadi PRRI. Gerakan
ini dikenal dengan gerakan protes melawan pemerintah Soekarno yang zalim dan
tidak adil ketika itu. Soekarno hanya membelanjakan kekayaan Negara untuk pusat
sahaja, padahal daerah adalah penghasil terbanyak kekayaan negara. Gerakan ini
juga diikuti oleh seorang tokoh yang sekarang sudah diangkat menjadi pahlawan
Nasional Indonesia iaitu Muhammad Natsir. Seorang putra Rao pengawal peribadi
M. Natsir masih hidup hingga sekarang di Rao, dengan bekas tembakan dilehernya
masih dapat terlihat dengan jelas hingga kini. Sifat perlawanan ini sepertinya
menjadi karakter orang Rao yang diwarisi dari nenek moyang tokoh idola mereka
Tuanku Rao sebagai symbol perlawanan terhadap kezaliman dan ketidak adilan
ketika itu.
Bagindo Suman
Sejarah Bagindo Suman / Usman
agak lebih jelas daripada sejarah Tuanku Rao. Beliau adalah kemenakan kandung
Tuanku Rao dan sekaligus sebagai panglima perang beliau yang sangat gagah dan
berani. Salah satu genre sastera yang dikenal hingga saat ini adalah Ratok
Bagindo Sumen. Ratok bagindo Sumen itu adalah tangisan ibunya yang menceritakan
tentang sejarah anaknya dari kecil, menjadi pejuang hingga kematiannya
digantung Belanda. Kematian itu disebabkan oleh pengkhianatan orang Rao yang
menceritakan kepada Belanda tentang bagaimana cara membunuh beliau. Konon
katanya Bagindo Suman tidak bisa dibunuh, sakti dan keramat dan hanya bisa
dibunuh apabila digantung dengan benang tujuh conto (warna)
Berbagai peninggalan sejarah
beliau berupa jubah besar, tongkat, rangka payung dari besi, pedang, kuburan
yang melebihi sais ukuran manusia biasa, saat ini masih dapat dijumpai di
Padang Metinggi Rao yang dijaga oleh keturunan beliau. Hanya sahaja pokok kayu
tempat menggantung almarhum baru sahaja tumbang pada tahun 2006 lalu.
Analisa dan Kesimpulan
Tuanku Rao adalah orang Rao
Padang Metinggi yang syahid di Air Bangis setelah terperangkap dalam peperangan
dan berjaya ditawan, oleh Penjajah diangkut ke kapal Belanda tahun 1833 dan
kemungkinan dibuang ke laut dan menjadi gosong.
Tuanku Rao adalah seorang Ulama
berdasarkan latar belakang pendidikannya di Rao, Aceh dan Makah dan juga
berdasarkan gelar keagamaan Fakih Saleh atau Syeikh Muhammad, nama yang
kemungkinan beliau peroleh setelah kembalinya dari Makah. Ke-Ulamaan beliau
dapat dilihat dari keberhasilan beliau mengIslamkan masyarakat Rao, Tapanuli
dan Batak.
Para Ulama yang berjuang dengan
gigih dan keimanan yang kuat lah sebenarnya yang harus diberi
penghargaan sebagai pendiri bangsa Indonesia sesungguhnya. Sebab ulama adalah
pemimpin masyarakat yang ikut serta langsung dalam menggerakan perlawananan
terhadap setiap bentuk penjajahan. Perjuangan ulama merentasi aliran kesukuan
dan kelompok.
Ulama terlibat langsung dalam
perjuangan kemerdekaan, menjadi pemimpin dan ikutan umat dalam perjuangan
menegakkan Islam dan kebebasan dari penjajahan. Selepas kemerdekaan
negara-negara umat Islam dikuasai oleh para pemimpin yang sekuler dan bahkan
anti Islam. Islam dan umat Islam selalu disalahkan atas setiap kelemahan negara
Islam seperti korupsi, Kolusi, Nepotisma, ketidak profesionalan, gejala sosial
dan jenayah dan sebagainya. padahhal negara umat Islam tidak ditadbir secara
Islamic dan oleh orang yang beriman.
Ulama silam telah mewakafkan
harta, badan dan nyawanya untuk melawan penjajah agar memperoleh kemerdekaan
dari tangan penjajah. Mereka menjadi penggerak yang bertindak langsung sebagai
pejuang melawan penjajah, dan bukan hanya duduk dirumah memberi arahan sahaja.
Kedudukan ulama dizaman silam
sangat terhormat dan mulia serta menjadi anutan dan kebanggaan oleh
masyarakatnya. Ini kerana ulama adalah orang yang sesuai antara perkataan
dengan perbuatannya. Selepas merdeka Negara dikuasai oleh orang-orang sekuler
yang sebahagiannya tidak pernah bangkit berperang melawan penjajah. Posisi
ulama dipinggirkan dengan berbagai macam propaganda seperti NII, Terorisme,
Islam garis keras dan sebagainya. Ini kerana kekuatan umat Islam akan menjadi
ancaman bagi kekuasaan mereka kalau tidak diatasi.
Umat Islam yang teramai didunia
terdapat di Indonesia, umat Islam memiliki kekuatan politik yang dahsat. Akan
tetapi Islam dan Umat Islam di Indonesia selalu berhasil dilemahkan mulai zaman
Soekarno dengan pembubaran Masyumi, Zaman Soeharto yang memaksa asas tunggal,
hinggalah dizaman reformasi yang memberi prediket teroris kepada umat Islam.
Sampai saat ini kedudukan Islam dan Ulama di RI masih saja terpinggir akibat
penjajahan Barat yang beragama Kristen begitu lama.
[1] Disampaikan oleh Afriadi Sanusi Dalam Simposium International Warisan
dan Tamadun Islam di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya pada 28-29
Disember 2009
[2] Sebelum acara botatah
dimulai terlebih dahulu pihak keluarga mempersiapkan bahan-bahan untuk botatah,
yakni sirih, nasi kunyit, minyak manis, sodah, upiah, bunga tujuh warna, dan
lain lain. Kemudian
anak yang akan ditatah disirami dengan beras warna kuning. Beras tersebut
disirami ke kepala anak sebanyak 3 (tiga) kali. Ini menandakan adanya
pelimpahan rezki bagi anak tersebut nantinya. Langkah selanjutnya, menjalankan
anak diatas bunga sebanyak tiga kali, anak diajarkan cara berjalan dengan baik.
Kemudian, memandikan anak dengan melulurkan minyak wangi keseluruh badannya
merupakan rangkaian pelaksanaan terakhir. Anak dimandikan bersama dengan orang
tua perempuan anak dan tukang tatah. Setelah acara botatah tersebut
dilaksanakan, anak baru bisa menginjak tanah setelah dua hari kemudian.
Rao Studio Batam
Manager:(Armand)
Putra Sungai Ronyah.



Tidak ada komentar:
Posting Komentar